Select Page
Tahniah Saito University College! Saito UC menerima watikah lantikan sebagai Pusat Pembangunan Belia Berkemahiran dari Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) yang disaksikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Wakil Saito UC, Pengarah Operasi Ts Dr Zahar Ali menerima watikah tersebut dan Menandatangani Memorandum persefahaman (MOU) Program Malaysia-China Youth TVET Training di majlis yang berlangsung di Bangunan Parlimen pada Nov 9, 2023.
Datuk Seri Zahid juga merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET) berkata Dasar bagi memperkasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sedang dirangka dan dijangka dilancarkan pada bulan Februari.
Sekretariat yang terdiri dari 10 pakar dalam bidang kemahiran sedang merangka dasar berkenaan untuk mendapat pandangan dan kelulusan dari Parlimen.
Dr Zahar berkata pelantikan ini adalah satu penghormatan kepada Saito UC untuk bersama-sama memperkasa TVET.
“Kami akan melakukan yang terbaik di dalam memperdanakan TVET di dalam industri,” katanya.
Pelajar Saito berpeluang menghadiri latihan TVET di institusi awam di China dengan adanya MOU ini dan perbelanjaan latihan ditanggung penuh ole kerajaan China.