Select Page

Sering kali, ramai yang tertunggu-tunggu Hari Terbuka Le Masters. Apa tidaknya, pasukan Le Masters biasanya akan membawa chef terkenal untuk membuat demonstrasi memasak membuatkan pengunjung teruja.

Pada 9 dan 10 Oktober lalu, penduduk Felda Sungai Mas dan Papan Timur, Kota Tinggi, Johor dihiburkan dengan telatah Chef Azarza membuat pelbagai demonstrasi memasak sambil berceloteh, menarik perhatian pengunjung yang hadir.

Ibu bapa yang menghadiri sesi penerangan juga terhibur dengan telatah Chef Azarza.

Apabila eksekutif jualan kanan Siti Haiza Mad Janapi mengambil alih mikrofon, semua tertumpu kepada beliau yang memberi tips untuk bidang kulinari dan hospitaliti, dua jurusan yang kami sediakan.

“Memang menyeronokkan apabila melihat pelajar dan ibu bapa bertanya itu dan ini. Tujuan kami selain dari mendapat pelajar adalah untuk memperkenalkan institusi kami yang sudah lama bertapak di negara ini,” kata Siti Haiza.

Beliau berkata, Saito bermula pada tahun 1988 dan dipelopori seorang rakyat Jepun Tetsuo Saito yang memberi tumpuan kepada seni reka bentuk sebelum berkembang dengan lima lagi jurusan.

“Kami kini mempunyai kampus sendiri di Cheras dengan kemudahan terkini untuk kegunaan pelajar.

“Set kitchen kami adalah sama standard dengan hotel dan restoran lima bintang dan pelajar akan didedahkan kepada industri bagi memudahkan pelajar apabila menceburkan diri di dalam bidang yang serba mencabar tetapi menarik.

“Beberapa orang pelajar telah menzahirkan minat mereka dan boleh dikatakan misi kami di Felda berjaya,” menurut Siti Haiza mengakhiri perbualan.