Select Page
Keseronokan terbayang di setiap wajah peserta dari Kelab Kyouiku Kolej Universiti Saito sebaik sampai di Taman Eko Rimba di Templer Park baru-baru ini.
Mereka di antara 36 orang pelajar dari empat buah universiti termasuk Saito UC menyertai kem Back To Nature tiga hari dua malam di taman eko ini sebagai latihan bekerja berpasukan dan merasai sendiri berkhemah di dalam hutan.
Ia bertujuan melatih diri di dalam team building, eksplorasi rimba dan alami sendiri kaedah survival camping di bawah pengawasan pegawai berpengalaman.
Camping ini dikelola oleh jawatankuasa tertinggi kelab Kyouiku di bawah Fakulti Pendidikan.
Pensyarah SSE Fahmi Izzuddin yang mengetuai sesi perkhemahan ini berkata sebaik sampai mereka memasang khemah sendiri dan menyediakan makanan untuk makan malam.
Selain dari itu, mereka juga dibawa bermandi-manda di air terjun berhampiran dan berinteraksi di antara satu sama lain.
“Mereka menyatakan perasaan gembira kerana dapat berkhemah di dalam kesibukan belajar di kampus,” kata Fahmi sambal menambah aktiviti lasak sebegini juga bersempena dengan bulan kemerdekaan.
Pelajar kami tidak hanya tertumpu kepada pendidikan tetapi turut didedahkan kepada aktiviti-aktiviti lasak sebegini. Mereka juga digalakkan mengambil bahagian di dalam aktiviti komuniti setempat.
Universiti lain yang turut mengambil bahagian adalah UM, UiTM dan MAHSA.