Welcome to Saito University College

Kotak Makanan MAIS diagih kepada pelajar layak

Seramai 11 pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan menerima Kotak Makanan, sumbangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang merupakan antara elemen di dalam projek ‘Dapur Fidyah MAIS’.  Ini adalah kumpulan pertama penerima.

Kolej Universiti SAITO terpilih untuk menerima 50 kotak makanan pada kali ini.

Antara barangan di dalam kotak tersebut ialah beras, gula, tepung, bihun, makanan dalam tin, susu dan lain-lain lagi bernilai lebih RM200.

Semoga dengan bantuan yang diterima, menambah semangat para pelajar untuk lebih cemerlang dalam Akademik dan juga Sahsiah diri.

Pihak kolej, menerusi Tabung Amanah dan Agihan Zakat akan terus berusaha untuk mendapatkan tajaan dan sumbangan kepada para pelajar Saito.

Baki 39 kotak makanan akan diagihkan secara berperingkat kepada pelajar yang layak.

Timbalan pengerusi Tabung Amanah dan Agihan Zakat, Saito University College, Encik Mohd Rushdan Mohd Noor menyerahkan kotak makanan di satu majlis ringkas pada 10hb November, 2025 di Kampus Saito, Cheras.

Timbalan Pengerusi Tabung Amanah dan Agihan Zakat, Kolej Universiti SAITO, Mohd Rushdan Mohd Noor menyerahkan kotak makanan MAIS kepada salah seorang penerima di satu majlis ringkas di Kampus Saito, Cheras