Seramai 57 pelajar FLAME dari foundation, diploma dan degree kini menjalani Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 2/2025 di Rejimen 515 Askar Wataniah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Latihan sebulan ini akan berakhir pada 9hb Mei, 2025 dan disertai oleh 29 pelajar lelaki dan 28 wanita.
Kesemua mereka berusia di antara 19 dan 25 tahun. Kursus ini merupakan latihan asas seorang anggota tentera dengan menerapkan nilai-nilai Sistem Pemerintahan Rejimental dan Peradaban.
Saito University College mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih dan mendoakan mereka pulang dengan kejayaan.