Welcome to Saito University College

“Zookeeper” Saito UC Ceriakan Zoo Negara

Seramai 19 orang pelajar Kursus MPU3412 Saito University College bertukar watak dari pelajar kepada sukarelawan di Zoo Negara pada 28 Jun lepas, membantu operasi harian penjagaan zoo.

Program Zootopia Muda ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai usaha pemuliharaan haiwan dan kelestarian alam sekitar menerusi penyertaan dalam Program Keeperku.

Sepanjang program, pelajar menjalani pelbagai aktiviti sukarelawan seperti menyediakan makanan haiwan, membersihkan habitat, serta membantu operasi harian penjagaan zoo.

Inisiatif ini turut memberi ruang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran insaniah seperti kerjasama, kepimpinan, dan tanggungjawab sosial dalam suasana pembelajaran berasaskan pengalaman di luar kelas.

Mereka turut diberi pendedahan kepada etika berinteraksi dengan haiwan dan peranan zookeeper dan ditempatkan di zon berbeza seperti Zon Mamalia, Zon Reptilia, Zon Aviari dan lain-lain.

Di antara tugas yang dikira menarik adalah membersihkan habitat haiwan, menyediakan makanan dan membantu zookeeper di dalam pelbagai aktiviti.

Mereka berpeluang berinteraksi dengan penjaga haiwan seperti pegalaman mereka dan memperluas pengetahuan pelajar di dalam bidang zoologi da pengurusan alam sekitar.

Program yang diterajui oleh pensyarah Puan Noorul Huda Abdul Jabar ini selain memberi pendedahan kepada peserta, turut dihargai oleh pelajar yang merasakan satu pengalaman yang lain dari yang lain.