Lawatan ke Anhui Water Conservancy and Technical College di China baru-baru ini memberi peluang kepada 18 orang pelajar Saito University College untuk bertindak sebagai duta kecil negara.
Ini dinyatakan oleh seorang peserta, ACP Zam Halim Jamaluddin yang merupakan pelajar Master of Law Enforcement di Saito UC yang bersyukur diberi peluang menyertai lawatan sambil belajar ini.
“Ia memberi satu pengalaman positif dan jika dilihat secara holistic, memberi peluang mengaplikasi pembelajaran merentas sempadan, sesuatu yang harus diteruskan,” beliau berkata.
ACP Zam Halim yang merupakan seorang pegawai polis kanan berkata para peserta bertindak sebagai duta kecil sambil meningkatkan peluang dan ruang untuk mengaktifkan pengetahuan pelajar.
“Ia memberi peluang kepada pelajar untuk menjalinkan hubungan di antara teori dan praktikal ‘to think out of the box’” tambah beliau.
ACP Zam Halim juga mencadangkan agar banyak lagi lawatan seperti ini diadakan dengan pusat pengajian tinggi yang lain di seluruh dunia.
Para peserta turut didedahkan kepada hal-hal keselamatan terutamanya “cyber security” yang sedang hangat diperkatakan.