Penyertaan pelajar Le Masters School of Hospitality and Culinary Arts di dalam program NexGen The Merdeka Trail 9 Ogos, 2025 memang membanggakan.
Sembilan pelajar dan tiga pensyarah mengambil bahagian di dalam penyediaan cupcake Jalur Gemilang, dketuai oleh Nur Fathiah.
Sebanyak 1,300 cupcake disediakan untuk Jalur Gemilang dan kami berbangga berada di dalam pasukan dedikasi untuk tujuan ini.
Program yang diadakan di Memorial Tun Abdul Razak, Perdana Botanical Garden, Kuala Lumpur menyatukan anak-anak muda yang menunjukkan semangat patriotik dan kepimpinan.
Lokasinya bertepatan sekali dengan semangat yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak yang memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk berbangga dengan apa yang Malaysia perolehi.
Selain dari “membina” Jalur Gemilang dengan cupcake, pelbagai aktiviti lain turut dijalankan, termasuk permainan tradisional seperti congkak, dam haji, batu seremban dan banyak lagi.
Pihak penganjur CILTM turut mengadakan pertandingan mencari harta karun.
Merdeka!

